Jumaat, 18 Mei 2012

ALHAMDULILLAH

Alhamdulillah.... Akhirnya kumpulan kami telah berjaya menyiapkan Modul Atas Talian ini mengikut kemampuan kami. Banyak pengalaman dan pengetahuan baru dalam menghasilkan blog ini. Syukur....

Ahad, 6 Mei 2012




AHLI KUMPULAN:


NORHAMIDAH BINTI AYUB
PPG/21803/12
NORJIHAN BINTI ISHAK
PPG/21814/12
NOR KHAMSIAH BINTI MOHD DAUD
PPG/21793/12









TUGASAN KPD 3016


PROJEK BERKUMPULAN (50%)

Modul Atas Talian (Online Module)

1.       Pelajar dikehendaki menyediakan satu modul atas talian yang menunjukkan pengajaran dan pembelajaran secara maya berpandukan rancangan pengajaran harian yang disediakan oleh setiap kumpulan.

a.       Pilih subjek yang dikehendaki (sama ada Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris atau subjek-subjek lain). Anda tidak perlu mengikut major anda dalam program PPG. Anda boleh memilih ahli kumpulan berdasarkan tempat mengajar (satu sekolah) atau dari sekolah-sekolah yang berdekatan.

b.       Buatkan satu Rancangan Pengajaran untuk 2 masa (1 masa = 30 minit). Rancangan Pengajaran tersebut mestilah mengikut format yang betul.

c.        Kemudian, hasilkan modul atas talian berdasarkan Rancangan Perngajaran tersebut. Tunjukkan dengan jelas langkah/aktiviti yang anda lakukan secara atas talian bagi Rancangan Pengajaran tersebut.



2.       Modul atas talian ini hendaklah merangkumi set pengajaran lengkap yang dan aktiviti-aktiviti yang akan dilakukan semasa sessi pengajaran dan pembelajaran tersebut termasuklah set induksi, penyampaian dan penutup. Aktiviti-aktiviti juga haruslah merangkumi proses penilaian yang lengkap tentang aktiviti yang dijalankan. Sebagai contoh, kuiz yang dijalankan secara atas talian (kuiz secara online) dan sebagainya.

3.       Modul atas talian ini adalah berunsurkan interaktif dan menggunakan kaedah multimedia. Hasil akhir modul ini haruslah berada di atas talian (online) dan boleh dinilai terus melalui internet. Anda dicadangkan menggunakan blog/website untuk menghasilkan modul atas talian ini.  Contoh penyedia perkhidmatan blog/website adalah seperti blogspot.com, wordpress.com atau wikispace.com.

4.       Rancangan pengajaran untuk modul atas talian ini perlu dihantar dalam “hardcopy” pada minggu terakhir perjumpaan.

5.       Ahli kumpulan perlu menyatakan secara terperinci bahan yang disediakan oleh setiap ahli kumpulan supaya tidak terjadinya ahli yang tidak bekerjasama dalam menghasilkan projek ini