RPH


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

KELAS
TAHUN 2
MASA
60 MINIT
TOPIK
HAIWAN DAN JENIS MAKANANNYA
RINGKASAN
Melalui topik ini, murid-murid akan mempelajari mengenai keperluan asas haiwan iaitu makanan. Murid-murid diperkenalkan dengan haiwan dan jenis makaan yang dimakan oleh haiwan tersebut.
Standard Kandungan
Sains Hayat
2.1 Memahami haiwan mempunyai keperluan asas untuk
      hidup.
Standard Pembelajaran
2.1.3 Memberi contoh haiwan dan makanan yang dimakan.
2.1.4 Mengelaskan haiwan mengikut makanan yang dimakan
         iaitu makan tumbuhan sahaja, makan haiwan sahaja
         atau makan tumbuhan dan haiwan.
Tempoh
60 minit
Sumber
1.    Video haiwan dan makanannya.
2.    Dokumen persembahan ‘powerpoint’ mengenai haiwan mengikut jenis makanannya.
3.    Aktiviti 1
4.    Aktiviti 2
5.    Aktiviti 3
Aktiviti

Set Induksi

1.    Murid dipertontonkan rakaman video sejenis haiwan.
2.    Guru meminta murid-murid menamakan haiwan tersebut dan menyatakan jenis makanan yang dimakan oleh haiwan tersebut.

Langkah 1

1.    Guru meneruskan pengajaran dengan menerangkan jenis-jenis haiwan dan makanannya melalui ‘powerpoint’.
2.    Murid-murid memberikan beberapa contoh lain.
3.    Guru membimbing murid membuat penyataan bahawa haiwan memakan makanan yang berbeza.

Langkah 2

1.    Guru menyenaraikan beberapa jenis haiwan dan menyoal murid jenis makanan yang dimakan oleh haiwan tersebut.

Contoh :
               Lembu makan rumput/ daun
               Ayam makan nasi/ cacing
               Harimau makan daging

Langkah 3

  1. Murid membuat padanan haiwan dengan makanannya.



Penutup

  1. Murid membuat kesimpulan daripada aktiviti dengan melengkapkan ayat yang diberi.

*     Haiwan Karnivor – Haiwan yang makan haiwan sahaja.
*     Haiwan Herbivor – Haiwan yang makan tumbuhan sahaja.
*     Haiwan Omnivor – Haiwan yang makan haiwan dan tumbuhan lain.

Pentaksiran
1.  Murid-murid menjawab Lembaran Aktiviti 1 dan 2.
Aktiviti Pemulihan
1.  Murid-murid menjawab Lembaran Aktiviti 3.
Aktiviti Pengayaan
1.Murid-murid menjawab Lembaran Aktiviti 4.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan